Saturday, March 5, 2011

PERANG KLANG DI SELANGOR


PERANG KLANG DI SELANGOR
  • Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabalkan menjadi sultan Selangor pada tahun 1857.
  • Raja Sulaiman ialah pembesar yang berkuasa di daerah Klang.
  • Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserah kepada Raja Abdullah dan bukannya kepada Raja Mahadi, iaitu putera Raja Sulaiman.
  • Raja Mahadi berasa tidak puas hati.
  • Raja Abdullah telah memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang. Buruh-buruh Cina dibawa masuk. Lombong-lombong di Kuala Lumpur dan Ampang turut dibuka.
    • Klang berkembang sebagai pusat perlombongan bijih timah menjelang tahun 1860. 
    • Hal ini merupakan punca perebutan dan perbalahan di Selangor.
    • Raja Mahadi ingin menguasai daerah Klang yang pernah dikuasai Bapanya.
    • Raja Mahadi merampas balik Klang daripada Raja Abdullah. Akibatnya, berlaku perang di Klang.
    • Tengku Kudin (Menantu Sultan Abdul Samad) dilantik untuk menamatkan perang di Klang, walau bagaimanapun, beliau tidak diterima oleh pembesar -pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi kerana dianggap bukan anak Selangor, beliau ialah seorang putera diraja Kedah. Lalu Tengku Kudin meminta bantuan British.
    • British berjaya menamatkan peperangan di Klang dan Meminta Sultan Abdul Samad menerima seorang residen. Sultan Abdul Samad enggan berbuat demikian. British terus mencari alasan.
    • Sultan Abdul Samad terpaksa menerima seorang Residen apabila berlaku dua peristiwa di perairan Selangor:
    1. Pada tahun 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak berdekatan dengan Langat.
    2. Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang. 
    • J.G. Davidson dilantik sebagai Residen pertama di Selangor, manakala Frank Swettenham dilantik sebagai Penolong Residen.

    15 comments:

    1. sah kena ajar sejarah macam aku di awal tahun..hahahahahaha

      ReplyDelete
    2. bolehkah saya tahu apakah masalah domestik yang berlaku di Tanah Melayu abad ke-19?

      ReplyDelete
    3. apa yg menyebbkn british cmpur tgn ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kebanyakkan campur tangan British di negeri2 melayu adalah untuk menyelesaikan kekacauan,masalah perang saudara di negeri2 melayu.....tetapi hakikatnya campur tangan british di negeri2 melayu adalah kerana bijih timah....BIJIH TIMAH....

        Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    5. Apa tindakan sultan abdul samad utk menghalang pengukuhan kuasa barat???

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sultan abdul samad pergi hisap rokok bawah pokok jambu belakang istananya untuk menghilangkan stres

        Delete
    6. Apakah iktibar yang dapat kita ambil Dari peristiwa perang kelang atau perang saudara ni?

      ReplyDelete
      Replies
      1. kita perlu sayang negara dan perlu berhati dengan kuasa lain kita juga perlu setia kepada nega kita

        Delete
    7. Apakah pengajaran daripada perang Klang??

      ReplyDelete