Wednesday, March 16, 2011

PENASIHAT BRITISH MENGANCAM KEDAULATAN NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA


PENASIHAT BRITISH MENGANCAM KEDAULATAN NEGERI-NEGERI MELAYU.

1) British berjaya meluaskan kuasanya di Negeri-Negeri Melayu Utara melalui perjanjian Bangkok 1909.
- Penasihat British diterima oleh Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
-Penasihat British akan memberikan nasihat dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama Islam dan Adat istiadat Melayu.
  
2) Kuasa raja-raja di Negeri-Negeri Melayu Utara kemudiannya digugat oleh British yang memperkenalkan perubahan pentadbiran dan peraturan baru di negeri-negeri tersebut.

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA PENAMPAN KESELAMATAN BRITISH DI TANAH MELAYU

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA PENAMPAN KESELAMATAN BRITISH DI TANAH MELAYU.

1. Pada zaman imperialis baru, iaitu pada akhir kurun ke-19, Perancis, Jerman, amerika Syarikat dan Rusia mula mencabar keunggulan British sebagai kuasa besar.

2. Kuasa-kuasa tersebut mula bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan.

3. Negara-negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam yang kaya dengan bahan mentah menjadi rebutan kuasa imperialis. 

4. Keadaan yang membimbangkan British ialah:
a) Perancis menunjukkan minat untuk:
- Meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya.
- Membina terusan di segenting Kra yang akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.  
b) Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi dari siam.
c) Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.
d) Russia berhasrat untuk membuka penempatan di Ujung Salang.

5) Keadaan ini mendorong British mengambil langkah untuk meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.

6) British telah menandatangani Perjanjian Sulit British-Siam pada tahun 1897:
a) Perjanjian ini bertujuan untuk menghalang siam daripada menyerahkan atau membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di selatan Siam.
b) Namun, perjanjian ini gagal menghalang Negeri-Negeri Melayu Utara daripada menjalin hubungan dengan kuasa lain.
- Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company pada tahun 1897.
- Sultan Terengganu telah menerima permohonan Amerika syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.

7) Perjanjian Perisytiharan British-Siam telah ditandatangani pada tahun 1902 untuk menghalang kuasa Barat meluaskan kuasa di Tanah Melayu. Antara syaratnya ialah:
a) British mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai negeri naungan Siam.
b) Warga British telah dilantik oleh kerajaan Siam sebagi penasihat sultan di Negeri-Negeri Melayu Utara, antaranya ialah:
- W.A. Graham di Kelantan
- Meadowe Frost di Kedah
- H.E Duke di Perlis
c) Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan untuk memberikan konsesi kepada kuasa asing.

8) Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada tahun 1909.
- Raja-raja Melayu telah dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian.
- Perjanjian ini membolehkan British menguasai Tanah Melayu.

Antara Syarat Perjanjian Bangkok 1909:
- Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.
- Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.
- British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MENCABAR KEWIBAWAAN SULTAN

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MENCABAR KEWIBAWAAN SULTAN.

1) Kuasa pentadbiran Persekutuan dipegang oleh Residen Jeneral:
    a) Beliau berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
    b) Sultan dikehendaki menuruti nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

    2. Jabatan-jabatan yang diketuai oleh pegawai British telah ditubuhkan pada peringkat kerajaan Pusat:
      a) Antara jabatan yang ditubuhkan ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan awam.
      b) Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan tersebut dihadkan oleh British.

      3) Kuasa Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral.

      4) Rasa tidak puas hati telah disuarakan oleh mereka kepada pihak British.  

      5) DURBAR atau Persidangan Raja-raja Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1897 untuk mengatasi masalah ini:
        a) Ahli DURBAR terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan empat orang residen.
        b) DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.
        c) DURBAR yang kedua diadakan di Kuala Lumpur, Perak pada tahun 1903

        6) Dalam persidangan DURBAR yang kedua, Sultan Idris (Sultan Perak) telah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak agar kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.

        7) Sultan Idris mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.

        8) Baginda (Sultan Idris) juga mendesak agar bahasa Melayu diiktiraf dan dijadikan bahasa rasmi. 

        9) Akibat desakan tersebut, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah menggantikan DURBAR pada tahun 1909:
          a) Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
          b) Kerajaan British juga bersetuju untuk menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

          PENGUKUHAN KUASA BRITISH MELALUI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

          "FRANK SWETTENHAM" ialah Residen Jeneral pertama NNMB (1896-1900). Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB (1903-1909)
          PENGUKUHAN KUASA BRITISH MELALUI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU.

          1) Pemerintahan British di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dijalankan secara tidak langsung melalui Sistem Residen.  

          2)Sistem Residen dilaksanakan dengan tidak teratur dan mempunyai kelemahan. Antara kelemahan sistem ini ialah:
          a) Residen tidak diberikan panduan yang jelas untuk menjalankan tugas.
          b) Residen telah menjadi terlalu berkuasa dan mereka tidak dapat dikawal oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.
          c) Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang tersendiri.

          3) Kelemahan sistem Residen membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896. Di bawah sistem ini, negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan dalam sebuah pentadbiran yang seragam.  

          4) Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896.
          a) Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.
          b) Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Persekutuan.
          c) Pentabirannya diketuai oleh Residen Jeneral.
          d) Frank Swettenham dilantik menjadi Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Besekutu yang pertama.

          Faktor lain yang mendorong penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

          Krisis Kewangan Pahang;
          - Kebangkitan rakyat menentang pihak British telah meningkatkan perbelanjaan negeri dan Pahang terpaksa menanggung Banyak Hutang.
          - Masalah kewangan Pahang dapat diringan jika Pahang digabungkan dengan Perak dan Selangor yang lebih kaya.

          Perkongsian Perkhidmatan Pakar;
          - Jika negeri-negeri tersebut digabungkan, bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor dapat dikongsi.
          -Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan.

          Sistem perhubungan;
          - Penyeragaman pentadbiran membolehkan sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara negeri tersebut dapat dimajukan.

          Faktor keselamatan;
          - Kekuatan dan pertahanan ketenteraan juga dapat diperkukuhkan jika negeri-negeri tersebut digabungkan. 

          Antara syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:  
          1. Raja-raja bersetuju untuk menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai "Negeri-Negeri Melayu Bersekutu."
          2. Raja-raja bersetuju untuk menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral.
          3. Raja-raja bersetuju untuk mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
          4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British.
          5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Negeri-Negeri Selat yang juga akan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 

          Tuesday, March 15, 2011

          RESIDEN MENGGUGAT KUASA SULTAN DAN PEMBESAR

          "J.W.W. BIRCH", dilantik sebagai Residen British di Perak
          RESIDEN MENGGUGAT KUASA SULTAN DAN PEMBESAR.
          • Sistem Residen telah diperkenalkan dengan campur tangan British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
          • Negeri-negeri tersebut dijadikan negeri naungan British.
          • Perlantikan seorang Residen bagi setiap negeri tersebut telah menggugat kuasa sultan dan pembesar.

          Residen menggugat kuasa sultan;

          1. sultan terpaksa menerima nasihat Residen:
          a) Residen menasihati sultan dalam semua perkara pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
          b) Nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan.

          2. Residen menguasai pentadbiran: 
          a) Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.
          b) Hal ini bermakna sultan dan pembesar kehilangan kuasa mereka.

          3. Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai:
          a) Pegawai British, iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil diberikan tanggungjawab memungut cukai.
          b) Sebelum ini hak memungut cukai adalah di tangan sultan dan pembesar.

          4. Residen campur tangan dalam hal adat:
          a) Tindakan Residen menghapuskan amalan perhambaan dianggap melampau bidang kuasa mereka.
          b) Bagi Sultan dan pembesar, amalan perhambaan merupakan adat turun-temurun dalam masyarakat Melayu tradisional.

          Antara Residen British:
          - J.W.W. Birch (Perak)
          - J.G. Davidson (Selangor)
          - J.P. Rodger (Pahang)
          - Martin Lister (Negeri Sembilan) 

          Friday, March 11, 2011

          BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG

          "HUGH CLIFFORD" dilantik menjadi wakil British di Pahang pada tahun 1887
          BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG.

          1) Pahang merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima Residen British.

          2) Pahang bukan sebuah negeri yang kaya seperti negeri-negeri Melayu yang lain, namun British mahu menguasainya.
            • Hal ini bertujuan untuk menghalang kuasa Eropah lain bertapak di negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19.
              • Ketika itu kuasa Eropah yang lain seperti Perancis, Russia dan Jerman berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara.

                3) Sultan Ahmad dalam usaha mengelakkan Pahang daripada dijajah oleh British telah mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor.
                  • Baginda berusaha untuk membangunkan Pahang bagi menyekat peluasan Pengaruh British.
                    • Pelabur-pelabur Eropah telah dibawa masuk untuk memajukan Pahang.

                      4) Tindakan Sultan Ahmad akan menjejaskan kepentingan British di negeri-negeri Melayu. Ini tidak disenangi oleh British dan mereka berusaha untuk memperluaskan pengaruh mereka di Pahang.

                      5) antara langkah yang diambil British dalam usaha meluaskan pengaruh di Pahang:
                        • Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld (Gabenor-Negeri-Negeri Selat) memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.
                        • Pada tahun 1887, British dengan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor berjaya memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British.
                          a) Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British.
                          b) Namun, Kuasa wakil British terhad menyebabkan British tidak berpuas hati.

                          6) Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui ditemuai mati berhampiran istana Sultan Ahmad.
                            a) Peristiwa ini digunakan British untuk mendesak Sultan Ahmad menerima residen British atas alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang.

                            Tahun 1888, "J.P.RODGER" sebagai Residen British pertama di Pahang
                            b) J. P. Rodger akhirnya diterima Sultan Ahmad sebagai Residen British yang pertama.


                            7) Penerimaan Residen British ini menandakan berakhirnya kedaulatan Pahang, sejak itu bermulalah campur tangan British secara langsung dalam pentadbiran Pahang.

                            8) Sejarah membuktikan keadaan yang tidak stabil dalam negeri telah memberi kesempatan kepada British untuk bertapak di negeri-negeri Melayu. 

                              Sunday, March 6, 2011

                              PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN


                              PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN
                              • Sungai Ujong merupakan sebuah daerah yang kaya dengan bijih timah di Negeri Sembilan.
                              • Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah daerah Sungai Ujong pada tahun 1872.
                              • Dato' Bandar Kulop Tunggal merupakan seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong.
                              • Kedua-dua pembesar tersebut bersengketa dalam usaha mereka meluaskan kuasa di daerah tersebut.
                              • Mereka ingin menguasai Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama dari Sungai Ujong ke Pelabuhan Melaka.
                              • Pendapatan yang lumayan boleh diperoleh dengan memungut cukai ke atas pedagang yang melalui Sungai Ujong.
                              • Dato' Bandar mendapat sokongan kuat daripada sebahagian besar penduduk tempatan dan pelombong Cina di daerah Sungai Ujong.
                              • Dato' Kelana merasakan kedudukannya tidak terjamin.
                              • Beliau meminta bantuan British untuk mengukuhkan kedudukannya.
                              • Perjanjian menerima perlindungan British ditandatangani beliau pada tahun 1874.
                              1. Dato' Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah daerah Sungai Ujong. 
                              2. British berkuasa penuh bagi mengutip cukai di Sungai Linggi. 
                              3. P. J. Murray dilantik menjadi Residen British yang pertama di Sungai Ujong. 
                              • Dato' Bandar tidak mengiktiraf perjanjian antara Dato' Kelana dengan British.
                              • Beliau menentang tindakan British mengumpulkan cukai di Sungai Linggi.
                              • British telah memberikan bantuan kepada Dato' Kelana untuk menewaskan Dato' Bandar. Dato' Bandar ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.
                              • Daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri Menanti seterusnya dikuasai British dengan cara menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di situ.
                              • Semua daerah di Negeri Sembilan disatukan pada tahun 1895
                              • Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.
                              • Martin Lister dilantik sebagai Residen British yang pertama di Negeri Sembilan.