Friday, February 25, 2011

KEKACAUAN DI LARUT, PERAK

  
KEKACAUAN DI LARUT, PERAK
  • Daerah Larut di Perak, kaya dengan bijih timah terutama di Kelian Pauh dan Kelian Bharu.
  • Tahun, 1848, Long Jaafar telah membawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.
  • kemasukan buruh Cina telah mencetuskan pergaduhan sesama mereka kerana kebanyakan mereka telah menganggotai kumpulan kongsi gelap yang berlainan sama ada Ghee Hin dan Hai San.
  • Keadaan ini menjejaskan perusahaan bijih timah di  Perak
  • Ngah Ibrahim (Menteri Larut) telah melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat) untuk membantu mereka menamatkan kekacauan di Larut.

PEREBUTAN TAKHTA DALAM KALANGAN KERABAT DIRAJA


PEREBUTAN TAKHTA DALAM KALANGAN KERABAT DIRAJA
  • Keadaan ini berlaku kerana sistem pewarisan takhta yang diamalkan tidak dipatuhi sepenuhnya.
  • Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Ismail iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai sultan oleh pembesar-pembesar Perak.
  • Raja Abdullah dan Raja Yusuf menentang perlantikan itu kerana Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabal menjadi Sultan mengikut sistem pewarisan takhta.
  • Raja Yusuf pula pernah memegang jawatan Raja Dihilir, tetapi telah diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak.
  • Raja Abdullah disokong oleh pembesar dihilir Perak seperti Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor. Beliau terus berkuasa di Hilir Perak.
  • Walaupun ditabal menjadi Sultan, kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di Hulu Perak.
  • Perebutan takhta telah menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak.
  • Raja Abdullah kemudian meminta Bantuan British untuk menigktiraf beliau sebagai Sultan
  • Adrew Clarke (Gabenor Negeri-Negeri Selat) melihat perkembangan itu sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dengan Bijih Timah.
  • Pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina dipanggil oleh Adrew Clarke untuk berunding di Pangkor.
  • Tujuannya adalah untuk menamatkan kekacauan di Perak.
  • Pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, dan Dato' Sagor.
  • Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.
  • Kapitan Chung Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai san) merupakan antara pemimpin kongsi gelap Cina yang hadir. Mereka bersetuju untuk menghentikan pergaduhan dan menerima pihak British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan Bijih timah.
  • Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874

PERJANJIAN PANGKOR 1874
Antara Syarat Perjanjian ialah:
  1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
  2. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.
  3. Sultan menerima seorang Residen British yang akan Melayu.
  4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.
  5. Residen, Penolong Residen, sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasul mahsul Perak.
  6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.
  7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.


TERUSAN SUEZ & KAPAL WAP MERANCAKKAN PERSAINGAN

                           
TERUSAN SUEZ & KAPAL WAP MERANCAKKAN PERSAINGAN
  • pada kurun ke-19 dalam tahun 1869, dua perkembangan penting yang melibatkan jalan laut  iaitu pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap telah merancakkan persaingan antara kuasa Barat.
  • Kapal wap mempercepatkan perjalanan dan mampu membawa lebih banyak muatan.
  • pembukaan Terusan Suez juga memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERINDUSTRIAN
  • Revolusi Perindustrian di England pada akhir kurun ke-18 menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan.
  • Bahan Mentah diperlukan oleh sektor perkilangan.
  • Negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah perlu dikuasai untuk mendapat bekalan bijih timah yang berterusan dan dijadikan pasaran bagi hasil keluaran kilang British.

ASSALAMUALAIKUM

SEMOGA HIMPUNAN "QUICK SKETCH" INI MEMBANTU DALAM MEMAHAMI SEJARAH, TERIMA KASIH