Wednesday, March 16, 2011

PENGUKUHAN KUASA BRITISH MELALUI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

"FRANK SWETTENHAM" ialah Residen Jeneral pertama NNMB (1896-1900). Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB (1903-1909)
PENGUKUHAN KUASA BRITISH MELALUI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU.

1) Pemerintahan British di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dijalankan secara tidak langsung melalui Sistem Residen.  

2)Sistem Residen dilaksanakan dengan tidak teratur dan mempunyai kelemahan. Antara kelemahan sistem ini ialah:
a) Residen tidak diberikan panduan yang jelas untuk menjalankan tugas.
b) Residen telah menjadi terlalu berkuasa dan mereka tidak dapat dikawal oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.
c) Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang tersendiri.

3) Kelemahan sistem Residen membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896. Di bawah sistem ini, negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan dalam sebuah pentadbiran yang seragam.  

4) Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896.
a) Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.
b) Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Persekutuan.
c) Pentabirannya diketuai oleh Residen Jeneral.
d) Frank Swettenham dilantik menjadi Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Besekutu yang pertama.

Faktor lain yang mendorong penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

Krisis Kewangan Pahang;
- Kebangkitan rakyat menentang pihak British telah meningkatkan perbelanjaan negeri dan Pahang terpaksa menanggung Banyak Hutang.
- Masalah kewangan Pahang dapat diringan jika Pahang digabungkan dengan Perak dan Selangor yang lebih kaya.

Perkongsian Perkhidmatan Pakar;
- Jika negeri-negeri tersebut digabungkan, bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor dapat dikongsi.
-Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sistem perhubungan;
- Penyeragaman pentadbiran membolehkan sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara negeri tersebut dapat dimajukan.

Faktor keselamatan;
- Kekuatan dan pertahanan ketenteraan juga dapat diperkukuhkan jika negeri-negeri tersebut digabungkan. 

Antara syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:  
  1. Raja-raja bersetuju untuk menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai "Negeri-Negeri Melayu Bersekutu."
  2. Raja-raja bersetuju untuk menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral.
  3. Raja-raja bersetuju untuk mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British.
  5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Negeri-Negeri Selat yang juga akan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 

4 comments: