Wednesday, March 16, 2011

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA PENAMPAN KESELAMATAN BRITISH DI TANAH MELAYU

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA PENAMPAN KESELAMATAN BRITISH DI TANAH MELAYU.

1. Pada zaman imperialis baru, iaitu pada akhir kurun ke-19, Perancis, Jerman, amerika Syarikat dan Rusia mula mencabar keunggulan British sebagai kuasa besar.

2. Kuasa-kuasa tersebut mula bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan.

3. Negara-negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam yang kaya dengan bahan mentah menjadi rebutan kuasa imperialis. 

4. Keadaan yang membimbangkan British ialah:
a) Perancis menunjukkan minat untuk:
- Meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya.
- Membina terusan di segenting Kra yang akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.  
b) Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi dari siam.
c) Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.
d) Russia berhasrat untuk membuka penempatan di Ujung Salang.

5) Keadaan ini mendorong British mengambil langkah untuk meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.

6) British telah menandatangani Perjanjian Sulit British-Siam pada tahun 1897:
a) Perjanjian ini bertujuan untuk menghalang siam daripada menyerahkan atau membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di selatan Siam.
b) Namun, perjanjian ini gagal menghalang Negeri-Negeri Melayu Utara daripada menjalin hubungan dengan kuasa lain.
- Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company pada tahun 1897.
- Sultan Terengganu telah menerima permohonan Amerika syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.

7) Perjanjian Perisytiharan British-Siam telah ditandatangani pada tahun 1902 untuk menghalang kuasa Barat meluaskan kuasa di Tanah Melayu. Antara syaratnya ialah:
a) British mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai negeri naungan Siam.
b) Warga British telah dilantik oleh kerajaan Siam sebagi penasihat sultan di Negeri-Negeri Melayu Utara, antaranya ialah:
- W.A. Graham di Kelantan
- Meadowe Frost di Kedah
- H.E Duke di Perlis
c) Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan untuk memberikan konsesi kepada kuasa asing.

8) Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada tahun 1909.
- Raja-raja Melayu telah dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian.
- Perjanjian ini membolehkan British menguasai Tanah Melayu.

Antara Syarat Perjanjian Bangkok 1909:
- Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.
- Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.
- British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

No comments:

Post a Comment