Friday, March 11, 2011

BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG

"HUGH CLIFFORD" dilantik menjadi wakil British di Pahang pada tahun 1887
BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG.

1) Pahang merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima Residen British.

2) Pahang bukan sebuah negeri yang kaya seperti negeri-negeri Melayu yang lain, namun British mahu menguasainya.
    • Hal ini bertujuan untuk menghalang kuasa Eropah lain bertapak di negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19.
      • Ketika itu kuasa Eropah yang lain seperti Perancis, Russia dan Jerman berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara.

        3) Sultan Ahmad dalam usaha mengelakkan Pahang daripada dijajah oleh British telah mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor.
          • Baginda berusaha untuk membangunkan Pahang bagi menyekat peluasan Pengaruh British.
            • Pelabur-pelabur Eropah telah dibawa masuk untuk memajukan Pahang.

              4) Tindakan Sultan Ahmad akan menjejaskan kepentingan British di negeri-negeri Melayu. Ini tidak disenangi oleh British dan mereka berusaha untuk memperluaskan pengaruh mereka di Pahang.

              5) antara langkah yang diambil British dalam usaha meluaskan pengaruh di Pahang:
                • Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld (Gabenor-Negeri-Negeri Selat) memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.
                • Pada tahun 1887, British dengan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor berjaya memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British.
                  a) Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British.
                  b) Namun, Kuasa wakil British terhad menyebabkan British tidak berpuas hati.

                  6) Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui ditemuai mati berhampiran istana Sultan Ahmad.
                    a) Peristiwa ini digunakan British untuk mendesak Sultan Ahmad menerima residen British atas alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang.

                    Tahun 1888, "J.P.RODGER" sebagai Residen British pertama di Pahang
                    b) J. P. Rodger akhirnya diterima Sultan Ahmad sebagai Residen British yang pertama.


                    7) Penerimaan Residen British ini menandakan berakhirnya kedaulatan Pahang, sejak itu bermulalah campur tangan British secara langsung dalam pentadbiran Pahang.

                    8) Sejarah membuktikan keadaan yang tidak stabil dalam negeri telah memberi kesempatan kepada British untuk bertapak di negeri-negeri Melayu. 

                      3 comments:

                      1. nak rekomen kt cikgu2 sejarah sekolah aku

                        ReplyDelete
                      2. saya pham skit sja tp takpe yg pnting dpt :)

                        ReplyDelete
                      3. Kena bentang kan kat cikgu di depan kelas boleh aku salin?

                        ReplyDelete